Wednesday 30 January 2013

sedarlah sebelum terlambat

Buat yang masih bergelar ANAK

Ketika kau berumur 14 tahun, Ibu ingin tengok rancangan agama sedangkan kau ingin tengok cerita korea. Sebagai balasannya kau lempar remote sehingga pecah berkecai.

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu pulang kerja masih ingin peluk dan menciummu. sebagai balasannya kau jawab...apalah mak ni...saya dah besar, rimas laa lalu lari kunci pintu bilik.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu sedang menunggu pangilan telefon yang sangat penting. Sebagai balasannya kau mengunakan telefon semalaman. Menelefon seorang yang hanya kau gelarnya kekasih.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu mengalirkan air mata menangis di atas kejayaanmu dalam peperiksaan STPM. sebagai balasannya, kau meraikannya bersama teman-temanmu sedangkan dengan ibu kau buat endah tak endah sahaja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu masih ingin berjalan bersama-sama...sebagai balasannya kau meninggalkan ibu jauh di belakang, malu kalau kawan-kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu memelukmu dengan penuh kesyukuran saat kau lulus pengajian tinggi mu. sebagai balasannya kau bertanya kepada ibu "bila nak berikan hadiah untuk mu".

Saat kau berumur 30 tahun, Ibu menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah. sebagai balasannya kau jawab "Ibu, saya terlalu sibuk ,tidak ada masa terluang untuk balik".

Saat kau berumur 35 tahun, Ibu sakit tak kebah sehingga memerlukan perhatian mu. sebagai balasannya, kau hantar dan mengupah bibik untuk menguruskannya.

Dan hingga satu hari, dia meninggal dengan tenang..dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang tidak pernah kau lakukan untuk gembirakan hati ibu mu ...sayangnya dia sudah tiada lagi.

edit from Maharaja Lawak Mega status.

*Pesanan buat diri ini dan setiap pembaca..agar luangkanlah masa bersama ahli keluarga terutama ibu bapa. Siapalah kita di dunia ini jika tanpa ibu bapa yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita sehingga ke hari ini di mana kita telah menjadi seorang insan yang berjaya. Ingatlah wahai anak-anak, jaganlah kamu terlupa untuk mendoakan ibu bapa kamu di setiap solat mu.






Saturday 5 January 2013

Apa yang engkau miliki..syukurilah

Allah s.w.t. telah mencatatkan di dalam al-Quran bagaimana sikap manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Allah s.w.t. telah menyatakan melalui 'surat cinta-Nya' sekiranya manusia dikurniakan selembah emas dan perak pun pasti mereka inginkan lebih dari itu.

Bukan sejuta ringgit tetapi segunung emas, itupun masih tidak memadai. Itulah fitrah manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki. Padahal Allah s.w.t. telah menjanjikan sekiranya kamu bersyukur pasti Aku (Alllah s.w.t.) akan menambah nikmat-Ku ke atasmu tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih...(surah Ibrahim:7)

Bukalah lembaran sejarah silam, sebagaimana yang telah dinyatakan kehebatan dan kemahsyurankaum Saba'. Namun 'tembelang' mereka tidak merasa cukup dan sekali-kali tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.

Malah, berlaku kufur kepada Maha Pencipta, lalu Allah s.w..t mengirimkan 'bala tentera-Nya' untuk menghapuskan mereka dan akhirnya menjadi satu kisah aggar kita tidak mencontohi kelakuan mereka. Allah s.w.t. mencatatkan kisah ini di dalam al-Quran:

"Mengembaralah kamu ni muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu". (Al-An'am:11)

Demikianlah kisah yang bergelar manusia, kamu dan kita semua sememangnya tidak pernah lari dari keinginan untuk memiliki segala-galanya. Tanyalah sesiapa sahaja di sekeliling kita -ustaz,mamat burger,pakcik teksi...pastinya mereka meninginkan sesuatu yang istimewa tidak kiralah pasangan yang bahagia, harta yang melimpah ruah, segala-galanya diinginkan. Namun sebagaimanusia yang bertuhankan Allah Azza Wa Jalla..pemilik segalanya..Apakah yang diinginkan? Pasti sebuah kebahagiaan fana yang tiada tandingannya. Bertemu Allah s.w.t. di syurga sana.

Namun, berapa ramaikah yang merasakan pertemuan dengan Allah s.w.t. sesuatu kebahagiaan yang tiada taranya? Adakah aku, kamu dan mereka sudah dan pernah merasakannya? Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di antara tanda kemanisan iman dalam diri seseorang muslim ialah apabila Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. lebih dicintainya...

Kata-kata di atas mengajar kita untuk mencintai Allah s.w.t. dan Rasulnya lebih dari segalanya. Mengapa? Apa kepentingannya? kerana jika kita meletakkan Allah s.w.t. yang utama dan segala-galanya kita pasrahkan kepada-Nya itulah tandanya bibit-bibit takwa telah pun menjalar di dalam jiwa anda, syukurilah...

(diambil dari buku Sentuhlah Jiwamu dengan ayat-ayat cinta Allah)

Jika kamu semua ingin mengetahui lebih mengenai ayat-ayat cinta Allah, bolehlah beli buku Sentuhlah Jiwamu dengan ayat-ayat cinta Allah. InsyaAllah banyak input yang kamu semua boleh dapat. Penulisnya Selamat Amir Al-Fanjkalani.   

Wednesday 2 January 2013

IDOLA

Di sini saya nak ceritakan serba sikit apa yang berlaku kepada diri saya apabila ditanya oleh pembantu pensyarah ketika sesi perkenalan bersama pelajarnya mengenai idola. Perkara ini berlaku ketika saya berada di semester pertama di universiti. Kamu semua diminta untuk memberitahu latar belakang idola kamu, mengapa kamu menjadikan dia sebagai idola? dan kamu diminta untuk present siapa idola kamu di depan selepas ini, ujar pensyarah kepada para pelajar. Setelah saya mendengar tugasan yang pensyarah berikan, saya ketika itu bertanya pada diri saya sendiri, siapakah idola saya???Ianya menjadi pertanyaan di dalam hati dan fikiran saya untuk beberapa minit. Masa yang diberikan ketika itu amat sedikit sebab tugasan itu sangat simple. Saya memulakan langkah saya dengan bertanya kepada kawan sebelah kiri dan kanan "Siapakah idola kamu?". Di sebelah kiri jawapan dia tidak tahu. Di sebelah kanan dia tahu tetapi dia tak nak beritahu. Jantung saya mula berdegup kencang apabila pensyarah sudah mulakan sesi pembentangan. Kertas A4 yang diberikan pada saya masih bersih tanpa sebarang conteng. Maksudnya isi yang nak dicakap sekejap lagi tidak ada. Pembentang sebelum saya semuanya katun (filem animasi) cotohnya superman, kluangman dan yang ada man-man belakang dia. Mesti kamu semua tertanya tanya ape yang saya bentangkan....sama mcm yang sebelumnya iaitu superman, :) hehehe, tu la idea saya ketika itu, tidak dapat berfikir lagi. Kemudian kawan di sebelah kanan pulak present, sangat mengagumkan bagi saya. Dia jadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai idola. Masa tu saya rasa perasaan malu mula menebal. Tu la tu. Sangat tepat pilihan dia. 


Mengapa saya cakap pilihan tepat? banyak buktinya.


Muhammad Bin Abdullah. Rasul khatim al-Anbiya yang tiada tandingan-Nya.




1. 'Aishah telah ditanya mengenai akhlak Baginda, beliau menjawab ;" Sesungguhnya akhlak Muhammad adalah al-Quran."-Hadis-




2. Kebenaran dan kerasulan baginda diiktiraf oleh penganut Nasrani atau Kristian,buktinya di dalam Bible (Kitab suci penganut Kristian), Nabi Muhammad disebut sebagai Paracletos yang akan menjadi penolong atau pegganti selepas Nabi Isa a.s. -Lihat di dalam Gospel St. John pada Bab 14 ayat 16-17 terjemahan Bible. Dr. Danial Zainal Abidin (2003), Empayar Minda Muslim, Kuala Lumpur PTS Publication & Distribution Sdn Bhd,halaman 212-213-.




3. " Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam." -surah al-Anbiya':107)-




InsyaAllah bermula pada hari ini dan akan datang, hiduplah dengan syari'at yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul Nya. Seharusnya sebagai muslim, kita seharusnya meletakkan Rasullullah s.a.w. sebagai ikon dalam segenap amalan kita untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat..Peringatan buat diri saya dan kamu semua..:)


Tuesday 1 January 2013

KEHIDUPAN


Assalamualaikum..., saya baru je jadi blogger. Perkara pertama yang saya nak kongsikan ialah mengenai kehidupan. Mengapa saya memulakan blog mengenai kehidupan??? Haa.. sebabnya sehingga ke hari ini saya rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan udara untuk saya bernafas meneruskan kehidupan. Seperti mana yang kita tahu di Negara Palestin terutamanya, banyak nyawa kanak-kanak telah menjadi mangsa rejim zionis yang mana kebanyakkan mereka semua masih belum mengenal erti kehidupan. Dunia ini penuh dengan pelbagai cabaran yang kita sendiri tidak menjangka apa yang akan terjadi di hari muka. Seperti di Negara kita contohnya, dulu kereta proton tidak lah begitu terkenal dan tidak menjadi pilihan orang ramai, tapi sekarang???kita dapat tengok perubahannya..sangat ketara. Tetapi kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bersiap sedia dalam semua aspek terutamanya amalan kita ketika di dunia. Dunia ialah tempat persinggahan sementara sebelum ke dunia yang kekal abadi iaitu akhirat. Bagi saya kehidupan merupakan satu nikmat yang sangat  bermakna walaupun didalamnya terdapat pahitnya yang tersendiri. Kita dapat mengenali erti suka dan duka, kasih sayang, persahabatan, perpisahan dan banyak lagi.  Sesunguhnya semua itu mempunyai seribu makna yang tersirat yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Pernah saya tendengar ataupun terbaca yang mana kehidupan ni ibarat sebuah buku novel yang sangat tebal, pnuh dengan cerita didalamnya dan cerita tersebut tersusun rapi mengikut “flow” yang tersendiri. Di sini kita dapat gambarkan yang hidup kita dah pun ditetapkan oleh Allah s.w.t dan telah ditulis di luh mahfuz. Kemudian, dalam kehidupan yang kita jalani sekarang kita akan dapat mengenali 1001 jenis watak perwatakan manusia. Ada manusia yang kita suka dan tidak. Betol kan?, tepuk dada tanyalah selera. Itu adalah lumrah seorang manusia. Kita tidak sempurna seperti para Nabi dan Rasul. TETAPI, itu tidak bermaksud yang kita tidak perlu berusaha menjadi sempurna. Kita perlu yakin dan percaya bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya dan ia semestinya yang terbaik buat kita semua. Banyak yang saya belajar ketika hidup di dunia hingga ke hari ini. Kita di dunia ini semuanya sama di sisi allah s.w.t.. Sampai di sini sahaja penulisan saya, InsyaAllah jika diberi kesempatan saya akan update blog ini dengan bermacam lagi info. Maafkan saya jika ada yang tersilap. Harap kamu semua membacanya..:), SELAMAT