Wednesday 30 January 2013

sedarlah sebelum terlambat

Buat yang masih bergelar ANAK

Ketika kau berumur 14 tahun, Ibu ingin tengok rancangan agama sedangkan kau ingin tengok cerita korea. Sebagai balasannya kau lempar remote sehingga pecah berkecai.

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu pulang kerja masih ingin peluk dan menciummu. sebagai balasannya kau jawab...apalah mak ni...saya dah besar, rimas laa lalu lari kunci pintu bilik.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu sedang menunggu pangilan telefon yang sangat penting. Sebagai balasannya kau mengunakan telefon semalaman. Menelefon seorang yang hanya kau gelarnya kekasih.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu mengalirkan air mata menangis di atas kejayaanmu dalam peperiksaan STPM. sebagai balasannya, kau meraikannya bersama teman-temanmu sedangkan dengan ibu kau buat endah tak endah sahaja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu masih ingin berjalan bersama-sama...sebagai balasannya kau meninggalkan ibu jauh di belakang, malu kalau kawan-kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu memelukmu dengan penuh kesyukuran saat kau lulus pengajian tinggi mu. sebagai balasannya kau bertanya kepada ibu "bila nak berikan hadiah untuk mu".

Saat kau berumur 30 tahun, Ibu menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah. sebagai balasannya kau jawab "Ibu, saya terlalu sibuk ,tidak ada masa terluang untuk balik".

Saat kau berumur 35 tahun, Ibu sakit tak kebah sehingga memerlukan perhatian mu. sebagai balasannya, kau hantar dan mengupah bibik untuk menguruskannya.

Dan hingga satu hari, dia meninggal dengan tenang..dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang tidak pernah kau lakukan untuk gembirakan hati ibu mu ...sayangnya dia sudah tiada lagi.

edit from Maharaja Lawak Mega status.

*Pesanan buat diri ini dan setiap pembaca..agar luangkanlah masa bersama ahli keluarga terutama ibu bapa. Siapalah kita di dunia ini jika tanpa ibu bapa yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita sehingga ke hari ini di mana kita telah menjadi seorang insan yang berjaya. Ingatlah wahai anak-anak, jaganlah kamu terlupa untuk mendoakan ibu bapa kamu di setiap solat mu.






No comments:

Post a Comment