Saturday 30 March 2013

Kawan, Sahabat dan teman..


Kawan, Sahabat dan teman..

Penulisan saya kali ini bertajukkan kawan, sahabat dan teman yang mana saya memetik perkataan tersebut daripada sebuah lagu kumpulan nasyid kita iaitu UNIC. Kenapa saya terfikir mengambil perkataan tersebut? Ini kerana ketiga- tiga perkataan tersebut berkait rapat dengan kehidupan manusia (kita semua). Bermula sejak kita dilahirkan sehingga kini, perkataan kawan, sahabat dan teman amat sinonim dalam kehidupan kita. Saya bagi contoh orang yang terdekat dengan kita iaitu ibu bapa. Ibu Bapa adalah kawan,sahabat dan teman kita yang paling setia. Misalnya ketika kita sedih, mereka akan pergi berdekatan dengan kita dan bertanya “Mengapa sedih ni?”, ketika kita susah pula “Mengapa nampak macam tak senang duduk ni? Nak mak/abah tolong apa?”. Itulah sikap ibu bapa yang sayang kepada kita. Tanyalah hati adakah kita juga sayang kepada ibu bapa dan bolehkah kita jadi seperti mereka yang mana sentiasa ada ketika senang dan susah. Dari apa yang saya rasa sudah semestinya mereka juga inginkan benda yang sama, iaitu kasih sayang. Semestinya, mereka juga dahagakan kasih sayang seorang anak. Mereka manusia yang mempunyai perasaan. Apa yang saya lihat ketika ini, ramai anak-anak muda tidak kira lelaki ataupun perempuan kebanyakkannya telah mempunyai ‘couple’. Mereka meluahkan rasa sedih dan gembira bersama tidak dengan ibu bapa. Saya menjadi tertanya-tanya “apakah pasangan dapat lakukan apabila ‘sharing’ sesuatu dengan mereka? Dan sampai bila?”. Ini kerana hubungan ‘couple’ itu tidak kukuh ibarat seperti layang-layang dengan tali benang yang rapuh. Apabila angin kuat meniup layang-layang, benang yang diikat rapi akhirnya putus dan melayang jauhlah layang-layang tersebut. Berbalik pula dengan setianya ibu bapa sebagai kawan, sahabat dan teman. Dari kita mula dilahirkan banyak perkara yang mereka ajar dan memberi didikan. Mereka tidak lokek untuk mengeluarkan duit atau tenaga untuk memastikan kita membesar dengan sempurna. Ketika mereka masih bernafas ambilah dan curilah peluang yang ada ini untuk kita dekatkan diri dengan ibu bapa, memberi kasih sayang pada mereka. Mereka sangat inginkan kasih sayang seorang anak yang selama ini mereka jaga dan membesarkan. Itu sahaja setakat ini, jika ada kesempatan masa insya Allah saya akan update blog ni lagi.  untuk peringatan saya dan kita semua. Assalamualaikum..
Ibu bapa,
Mereka lah kawan,sahabat dan teman setia kita.