Sunday 28 September 2014

Kaum yang dilupakan


Kita hidup dalam dunia yang serba mudah dan berhubung hari ini. Dengan hanya menekan butang, kita mampu me­ngubah siaran, menurunkan suhu atau menempah percutian ke mana saja yang kita ingini.
Makanan yang kita nikmati, ditanam, dihasilkan dan disajikan mengikut cita rasa kita. Sistem pandu lalu, penghantaran ke rumah, kemajuan perubatan dan hak untuk mendapatkan pendidikan semuanya menambah lagi kemudahan dalam kehidupan kita pada zaman ini.
Dalam sekelip mata saja, kehidupan kita berubah menjadi sesuatu yang sangat selesa. Jadi mengapa kita sering tertekan dan sentiasa menginginkan kebebasan? Lupakah kita apa yang dilalui datuk dan nenek kita dulu?

Kehidupan satu puak di Afrika mungkin memberi gambaran paling hampir mengenai apa dilalui generasi sebelum kita.
FotoKEMAHIRAN dimiliki puak Hazda hanya untuk terus kekal hidup.

Di tebing Tasik Eyasi, Tanzania yang terletak di utara negara itu, wujud satu puak yang terpisah daripada kemodenan dan hidup dengan cara purba mungkin puak terakhir seumpamanya di dunia.

Mereka tidak bercucuk tanam, membela haiwan ternakan atau membina rumah sebagai perlindungan. Sebaliknya, kehidupan mereka tidak berubah sejak lebih 10,000 tahun lalu.

Dunia mereka adalah satu gambaran kebebasan mutlak yang mungkin manusia moden kini tidak mampu bayangkan, apatah lagi merasainya. Mereka hanya berbekalkan kemahiran untuk kekal hidup.

Sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon tidak pernah wujud. Begitu juga dengan kereta dan elektrik. Tiada pekerjaan, bos, jadual mahupun struktur sosial atau agama.

Tanpa undang-undang, cukai dan hidup tanpa duit perkara paling hampir dengan kewa­ngan bagi mereka adalah apabila sesekali melakukan pertukaran barangan untuk mendapatkan seluar atau sandal dengan puak yang berjiran dengan mereka.

Sekumpulan pengkaji bertemu dengan puak Hazda itu dan merekodkan aktiviti harian mereka. Mereka mengikuti kaum lelaki Hazda pergi memburu babun dalam cuaca panas terik.

Keadaan persekitaran kehidupan puak Hazda dikelilingi bahaya dengan semak berduri, ular berbisa dan singa yang sedia membaham pada bila-bila masa. Namun, pemburuan tetap dilakukan demi kelangsungan hidup mereka.

Kira-kira 1,000 puak Hazda masih mendiami gua di sekitar Tasik Eyasi, Tanzania yang terletak di Lembah Great Rift,Afrika.

Tidak jauh dari tempat berkenaan, beberapa fosil tertua yang menjadi bukti kewujudan hidupan purba di situ ditemui.

Dengan segala kemajuan yang kita kecapi hari ini, sepatutnya puak Hazda sudah tidak wujud. Mereka kekal tersisih, kaum yang dilupakan masa.

Mereka tidak pernah terbabit dalam konflik dan tidak pernah mengalami penyebaran wabak berjangkit atau kebuluran. Populasi mereka tidak pernah melebihi jumlah yang mampu diberi makan melalui hasil buruan.

Makanan puak Hazda ringkas, daging - termasuk burung, babun, kijang dan kerbau yang diburu menggunakan panah buatan sendiri yang biasanya dibuat ketika memburu.

Bahasa pertuturan mereka dipercayai bahasa tertua yang masih digunakan sehingga hari ini.

Tidak seperti kehidupan kita hari ini yang dibelenggu beban kerja, puak Hazda menikmati banyak masa lapang. ‘Pekerjaan’ mereka adalah memburu ketika ingin makan dan ia mengambil masa kira-kira lima jam sehari.

Sepanjang kewujudan mereka sejak ribuan tahun lalu, mereka meninggalkan lebih daripada sekadar kesan jejak.

Puak Hazda mewakili sebahagian pembentukan budaya dunia yang sudah hilang, malah mereka juga mungkin mewakili apa yang hilang daripada masyarakat hari ini.
 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/28 (harian metro)
http://www.hmetro.com.my/articles/Kaumyangdilupakan/MA/Article/

Wednesday 2 April 2014

KASIH SAYANG



KASIH SAYANG

Assalamualaikum..pembuka bicara, seindah bahasa, semanis maknanya. Alhamdulillah cuti semester pertama bagi diriku ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dapat aku manfaatkan sepenuhnya. Banyak perkara aku penuhkan sepanjang cuti antaranya membuat kuih, mengajar adik-adik dan bekerja. Bagi aku masa itu sangat berharga dalam kehidupan. Bukan hanya masa dengan diri sendiri tetapi juga dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.  Apabila masa kita luangkan bersama mereka, hubungan akan semakin rapat dan bahagia akan kita perolehi.
i)                    Kuih muih Kami
Sejak kebelakangan ini keluarga aku mula menghantar kuih ke gerai di kawasan rumah. Alhamdulillah..ada hasilnya. Bukan setakat duit diperolehi tetapi kemesraan dan kasih sayang juga terjalin diantara ahli keluarga. Antara kuih yang dibuat oleh abah ialah pulut panggang, pulut inti dan juga kuih che mek. Mula-mula buat memang ada je yang tidak kena macam kurang inti, kurang manis, tetapi lama- kelamaan semakin menjadi. Sedap.hehehe J .   Aku juga ada menghantar kuih, mula-mula hantar kuih bom dan kemudian kuih popia. Kuih bom mak yang ajar, dari mula isi bahan sampai goreng. Manakala kuih popia pula abah yang ajar.hehehe J. Dengan menghantar kuih bolehlah tambah duit saku aku sikit demi sedikit tanpa meminta duit daripada ibu bapa sepanjang cuti ini.   
ii)                   Bersama Adik-adik
Telah menjadi tanggungjawab aku dalam mengajar adik-adik. Salah satu cara aku itulah peluang yang mesti aku rebut.
iii)                 Bekerja
Seterusnya, waktu cuti ini juga aku mengisi dengan bekerja di sebuah kantin sekolah. Itulah kali pertama aku bekerja di situ, banyak pengalaman yang aku peroleh bermula dari membuang sampah hingga lah membuat air. Aku bekerja bersama dengan mak. Dari situ aku dapat melihat air muka seorang ibu yang bersusah payah demi keluarga. Aku tidak sanggup melihat mak aku bekerja banyak jadi aku sentiasa ada untuk membantu. Kalau boleh biar aku sahaja yang buat semua kerja, yang menanggung kesusahannya. Pasti setiap orang yang digelar anak akan melakukan perkara yang sama. J Disini ada sedikit ilmu yang saya ingin kongsi, dalam setiap doamu doakan lah kedua ibu bapa:

 “Ya Allah engkau kasihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihani diriku sewaktu kecil “ Aminn. J