KASIH SAYANG
Assalamualaikum..pembuka bicara,
seindah bahasa, semanis maknanya. Alhamdulillah cuti semester pertama bagi
diriku ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda
dapat aku manfaatkan sepenuhnya. Banyak perkara aku penuhkan sepanjang cuti
antaranya membuat kuih, mengajar adik-adik dan bekerja. Bagi aku masa itu
sangat berharga dalam kehidupan. Bukan hanya masa dengan diri sendiri tetapi
juga dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Apabila masa kita luangkan bersama mereka, hubungan akan semakin rapat
dan bahagia akan kita perolehi.
i)
Kuih muih Kami
Sejak kebelakangan ini keluarga aku mula menghantar
kuih ke gerai di kawasan rumah. Alhamdulillah..ada hasilnya. Bukan setakat duit
diperolehi tetapi kemesraan dan kasih sayang juga terjalin diantara ahli
keluarga. Antara kuih yang dibuat oleh abah ialah pulut panggang, pulut inti
dan juga kuih che mek. Mula-mula buat memang ada je yang tidak kena macam
kurang inti, kurang manis, tetapi lama- kelamaan semakin menjadi. Sedap.hehehe J . Aku
juga ada menghantar kuih, mula-mula hantar kuih bom dan kemudian kuih popia.
Kuih bom mak yang ajar, dari mula isi bahan sampai goreng. Manakala kuih popia
pula abah yang ajar.hehehe J.
Dengan menghantar kuih bolehlah tambah duit saku aku sikit demi sedikit tanpa
meminta duit daripada ibu bapa sepanjang cuti ini.
ii)
Bersama Adik-adik
Telah menjadi tanggungjawab aku dalam mengajar
adik-adik. Salah satu cara aku itulah peluang yang mesti aku rebut.
iii)
Bekerja
Seterusnya, waktu cuti ini juga aku mengisi dengan
bekerja di sebuah kantin sekolah. Itulah kali pertama aku bekerja di situ,
banyak pengalaman yang aku peroleh bermula dari membuang sampah hingga lah
membuat air. Aku bekerja bersama dengan mak. Dari situ aku dapat melihat air
muka seorang ibu yang bersusah payah demi keluarga. Aku tidak sanggup melihat
mak aku bekerja banyak jadi aku sentiasa ada untuk membantu. Kalau boleh biar
aku sahaja yang buat semua kerja, yang menanggung kesusahannya. Pasti setiap
orang yang digelar anak akan melakukan perkara yang sama. J Disini ada sedikit
ilmu yang saya ingin kongsi, dalam setiap doamu doakan lah kedua ibu bapa:
“Ya Allah engkau
kasihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihani diriku sewaktu
kecil “ Aminn. J
No comments:
Post a Comment